Posts

Teman mak ke klinik

Image
Aku rasa nak nangis bile aku bangun tido, mak dah g klinik dan memang aku tak larat nak hantar. Aku sambung tidur dan bangun dengan rasa kesiannyer mak aku nak cari teksi. Aku pun pergi dan kuatkan semangat. Sampai klinik. Sekali je aku pusing. Dpt parking walhal susah giler nak dpt parking. Sampai dalam klinik.. aku pun cari mak.. cuak jugak aku tengok sini tak jumpa. Rupanya bahagian kanan tempatnyer. Aku rasa macam nak nangis tengok duduk. YaAllah kesiannyer mak beratur dan menunggu lama dari jam 8.00 pagi sampai giliran jam 11.00. Itu pun baru first step. Rasanya dtg jam 8 abis jam 1. Aku tak pernah tengok mak macam nie. Gigih amek ubat doktor dan klinik kerajaan. Aku nak cari duit supaya mak boleh ada peluang nak amek ubat kat tempat yang selesa dan jugak bagus ubatnya. Klinik kerajaan memang baik jugak cuma terlalu ramai orang. YaAllah berikan lah aku reseki..sembuhkan aku dari penyakit.. aku tak mampu lagi dah. Demam 3 hari ini buat aku lemau dan layu. Badan memang menggigil dan

Badan kembali lemah tapi ku kuatkan

Image
Assalammualaikum Hari ini pagi je badan lemah, sebab tak cukup tido kot dan mungkin imum dah semakin lemah, batok dan selesema tak abis dan tambah plak kudis kat badan. Jerawat naik besar kat muka. Aku memang lawan sakit nie. Ayah ajak g kenduri aku ikut. Nak plak pening kepala . Kesian mak.. aku risau mak sakit. Aku x kisah aku nie sakit. Sebab aku boleh handle punya.. Aku pun bawak bantal dan naik kete adek aku yang bawak ke bangi. Sampai sana aku dah lemah gile. Aku makan 5-6 suap dan tak larat. YaAllah.. besar dugaan kau berikan dengan tarik nikmat selera makan. Tak pe. Ada hikmahnya. Pastu sempat mak teh dan pak teh yang jaga aku dulu masa first time keje. Memang dia baik hati betul. Aku tengok je orang tu kawen dan memang seronok. Kenapa masa aku umur 20an dulu aku x terfikir nak kawen. Dan skrg dah terlewat dan aku dah nekad nak bujang tua. Lagipun aku sakit gini. Sapa nak pikuk beban atas dasar cinta. Jadi, lebih baik aku dok bujang dan bahagiakan mak ayah aku je. Kalau dah tak

Seronok keluar beli lauk dengan ayah

Assalam Hari sabtu ini bangun je dah lemau dan lemah gile badan. Syukur sempat solat subuh dan skrg aku solat tak miss lagi dah. Aku jaga benda tu. Pagi nie ayah ajak aku g beli lauk kat ampang jaya dan aku follow. Aku bayarkan dan ia kecik ke bagaikan aku selalu membazir makan restoran mewah rm100-200.. ini rm27 dan banyak dpt makanan. Aku rasa berdosa sangat. Abaikan mak ayah hujung minggu. Dan aku makan sama sama ngan mak ayah dan kak long. Rasa aman sikit.. Pastu aku nonton tv. Aku tengok citer nie. Aku nak nangis.. dan antara dialog adalah "doa adalah senjata untuk seorang mukmin". YaAllah aku betul betul insaf. Aku akan jaga ayah dan nak basuh berak dan segala najis macam mana ayah dulu buat kat aku. Sayang betul aku kat ayah. Nak pelok je rasanya tapi aku tak biasa nak pelok. Salam pun jarang. Semoga aku dpt solat berjemaah ngan ayah suatu hari nanti. Cerita ini memang best. Aku tahan je air mata. Nyata aku nir hati serapuh. Jiwa aku lembut dan hati aku memang lemah da

Subuh yang kosong

Image
Pagi ini aku solat subuh jam 6.15pagi. Macam dah terbiasa plak nak buat solat 2 rakaat yang cepat. Aku terfikir.. kenapa 2 rakaat ini pun dulu aku liat nak buat. Lepas subuh aku nak tidor balik dah x leh. Aku dok tengok fb semua gambar makan dan orang bersuka ria. Masihkah ada masa aku nak bersuka ria macam dulu. Aku tak ada mood la. Tu la pagi nie aku beriktiyar nak cari kawan yang sama sama jahil dan kita nak sama sama belajar ilmu agama dan nak start untuk sama sama dekat ngan Allah. Aku plak nak baiki doa dan surah dlm sembahyang dan aku rasa nak keluar shopping la kasi hilang stress. Soal nyer ngan sapa.  Tak pe la. Aku shopping esok sorang sorang memandangkan aku dah kurus dari 118 kilo dan sekarang dah 98 kilo.. 20 kilo turun dah boleh jual ubat pelangsing badan dah. Walhal aku sakit lah jadi begini. Aku cuma berdoa agak nyawa aku dipanjangkan dan dihindarkan dari penyakit dan aku mohon taubat aku Allah perkenankan. Aku sampai nak onani pun aku takut dan aku ada maca kat google

Berjaya kemas sikit bilik stor setelah dapat semangat

Assalam semua Hari ini, seperti biasa ntah napa ayah pagi pagi dah buat air nescafe untuk aku dan bagi aku sarapan biskut. Ayah pun skrg nampak berubah sangat dan macam caring semacam sangat. Hari ini aku ke surau untuk maghrib dan isyak. Sementara nak tunggu isyak. Aku baca buku pasal solat. Orang yang tinggalkan sembahyang adalah orang yang tak sedar diri dan derhaka serta dia akan ditempatkan di neraka. Amalan pertama untuk kita di hisap nanti adalah solat. Aku syukur sebab aku dah berubah dan jaga solat 5 waktu aku nie. Aku sebenarnya berdebar untuk jadi macam pesakit yang kat blog dalam 5-6 tahun je dia boleh survive dan kemudian innalillah. Aku pasrah andai takdir ku begitu tapi aku mahu kematian yang tenang, wajah yang senyum dan aku nak persediaan taubat aku diterima. Bila dimasukkan ke dalam kubur, aku mahukan terang dan cerah seperti golongan yang alim. Aku ada masa 5-6 tahun untuk mengumpulkan amal ibadat dan aku cuma sedih lepas nie aku tak leh puasa sebab ubat ini kena ma

Rasa down hari jumaat

Image
Assalam Hari ini rasa lemah sangat, entah lah .. mungkin dpt berita kematiab sana sini. Rasa sendiri nak meninggalkan dunia serba ini. Batok macam biasa dan dah rasa sikit sesak nafas tu. Yang pelik, mak ayah tak tanya pun aku sakit apa. Mereka terima je aku dan sediakan katil bekas adek aku bersalin. Tak dinafikan duduk mengadap mak ayah nie rasa sayu je berbanding duduk kat wad yang haru birubdan macam macam karenah orang sakit. Memang rimas plak aku tengok diorang walaupun aku tahu aku akan jadi macam diorang. Baru je cerita pasal ayah. Ayah call panggil makan. Rumah aku nie depan umah mak ayah. Senang aku nak berlenggeng dan mak dan ayah pun dah siapkan katil bujang kalau aku nak tido. Maklumlah riuh rendah ngan anak buah kat umah tu. Aku rasa aku rasa down sebab aku tengok kesah kat internet yang berakhir dengan kematian. Nak jugak ada kawan yang sama nasib ngan aku nie dan berbual. Dan aku kena berubah la. Bangkit dan kuat lawan pengakit aku nie dan ajal maut tu Allah yang tentuk

Setelah berpuluh tahun

Ya Allah Setelah usia 10 tahun.. aku tak lagi menjejak surau ini.. dah 27 tahun tak kunjungi surau ini. Memang aku dah tergolong macam golongan pak cik pakcik dan masa masuk kat dlm surau.. jemaah surau seorang dua bersalam dengan aku dan ada yang tepok bahu aku seolah olah welcome to geng surau dan welcome beribat dan dekat ngan Allah. Aku dah sedia menabur bakti kat surau. Bile dah lama sikit. Aku nak buat class tusyen kat anak anak kampung untuk belajar dan bernotivasi belajar. Aku nak anak buah aku pun sama sama sertai. . Sedar tak sedar setiap hari aku tak miss solat 5 waktu dan syukur Allah sembuhkan penyakit ku ini. Aku syukur dan hari ini.. orang surau pelik. Begitu ramai orang sedekat kat surau dan melebih lebih. Mak bawak pisang dan yang kelakar. Jenuh aku perati mak yang bungkus membungkus makanan utk anak dan cucunya. Mak dari dulu sama je. Ingat anak dan cucu dari dirinya. Aku berjalan sama sama mak dan separuh jalan mak masih tak kenal aku . Mak terkejut sebab aku pakai